Monday, April 25, 2016

Jenis-Jenis Kunci














 Jenis-Jenis Kunci

i)       Master key
Digunakan untuk membuka lebih daripada satu bilik tetamu, digunakan ketika keadaan kecemasan di mana ianya diperlukan untuk pekerja memasuki sesetengah tempat di dalam premis ataupun memasuki mana-mana jua kawasan di dalam hotel.

Master Key terbahagi kepada tiga aras kemasukan (levels of access):
a)     Grand Master Key
Digunakan untuk membuka semua pintu bilik dan kadangkala kesemua pintu bilik simpanan housekeeping.

b)     Section / zone Master KeyUntuk membuka pintu pada satu kawasan tertentu sahaja di dalam hotel.

c)     Floor Master Key
Untuk membuka pintu bilik di mana para pekerja hotel telah ditugaskan untuk mengemas. Biasanya boleh membuka pintu bilik simpanan untuk tingkat tersebut melainkan ianya memerlukan kunci yang khas ataupun yang berlainan.

ii)      Guest Room Key
Merupakan kunci yang diagihkan kepada tetamu, di mana ianya disimpan atau dimiliki oleh kaunter hadapan. Sesetengah hotel baru kini ada menggunakan kunci yang menyerupai bentuk kad (key card) di mana ianya dimasukkan ke dalam ‘slot’ pada pintu utama bilik.


No comments:

Post a Comment